• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

Jangan Buat Marketing Sampah! Cari Redha Allah Dalam Berniaga

Marketing Cara Islam
Penulis: Rafi Ansari

Semalam saya tegur seseorang usahawan. Jika dalam kesusahan macam mana pun, jangan sampai ada unsur penipuan dalam marketing.

Cara bangsa lain (yang bukan beragama Islam) buat bisnes tak sama dengan kita. Logo Halal bagi kami adalah kerana mengejar rahmat Allah dengan amar maaruf, nahi mungkar. Namun Logo Halal bagi mereka adalah satu aspek marketing untuk menambahkan sales.

Innamal ‘amalu bin niat.
Hadith ini memang asas di dalam kehidupan kita sebagai seorang usahawan Muslim. Orang tua saya, terutama kali Almarhum bapa, selalu berkata – biar sedikit sedikit, asal berkat. Gaji bapa saya kecik, tetapi saya tak rasa kami miskin. Kita tak pernah di dalam golongan asnaf penerima zakat.

Ingatlah, untuk mendekati diri kepada Allah, jalannya penuh dengan ujian-ujian.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Surah al-Baqarah (155).


Maka sebagai usahawan, sabarlah.
Usaha dengan fokus kepada membina produk dan servis berkualiti. Jangan buat marketing sampah, saya ulang lagi, marketing sampah seperti sewa jet dan kereta supercar, dan tayang duit berkepuk-kepuk. Banyak lagi cara marketing yang penuh penipuan.

“Sesungguhnya peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak sebagai orang yang fasik kecuali orang yang bertakwa kepada Allah, berbuat baik serta bersifat jujur.” Riwayat at-Tirmizi, hadis hasan sahih.

“Seorang peniaga yang bersifat benar, jujur lagi dipercayai akan bersama sekalian nabi, siddiqin dan syuhada (pada hari kiamat kelak).” Riwayat at-Tirmizi, hadis hasan.


Bak kata guru saya,
kekayaan yang melimpah, tak semestinya seseorang itu dalam rahmat Allah. Mungkin sahaja orang yang tidak kaya itu lebih dekat dengan Allah dari yang kaya. Usahawan hebat yang kita idolasasikan, jutawan inspira si, mungkin sahaja dibangkitkan sebagai seorang fasik. Ingat itu. Dunia yang nampak glamour ini sementara sahaja.

Akhirnya, kami ni semua akan kembali tanpa ada apa-apa. Usahalah dengan gigih untuk memenuhi keperluan hidup, berniagalah dengan jujur semoga dapat barakah Allah, dan bersabarlah jika usaha kita dengan cara halal belum membawa hasil. Ingat, Allah bukan nak melihat ‘result’. Dia lebih kepada proses kita dan sifat sabar dan syukur dalam kesenangan dan kesusahan.

Semoga terus berjihad melawan nafsu, terutama kali nafsu dunia yang diinspirasikan oleh gambaran yang diberi di dalam media sosial.

(Semoga Allah memberkati semua guru-guru saya yang telah mendidik dengan ilmu yang manfaat.)

Rafi Ansari
Regional Business Coach | Entrepreneurship Trainer | Business Deals Finder & Funding Specialist.
Facebook: Rafi Ansari

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Jangan Buat Marketing Sampah! Cari Redha Allah Dalam Berniaga » Pentas Niaga

    Boost Your Sales 10X With Paid Advertising!

    • Facebook, Instagram, Tiktok, Google & Youtube Paid Advertising
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga