• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

Benda Paling Penat Dalam Bisnes

Tau tak benda paling penat dan kadang-kadang gagal dalam kebanyakan bisnes?

Terus jual MAIN PRODUCT.

Contohnya;
Bisnes jual produk kurus. Kita terus keluarkan sebotol fat burner yang mengandungi 60 pil dan boleh tahan 30 hari. Kita jual RM89.

Bulan pertama jual sendiri — struggle.
Bulan kedua buka fighter program — fighter bengang sebab CPP tinggi — give up.
Bulan ketiga cuba buka agent program — susah nak jual — give up
Bulan keempat — kita lah give up — plan product baru.

Sama jugak cycle dia. Perkataan “marketing” datangnya daripada “market”. Bermaksud pasaran. Bila ada product baru, kita kena hempas pulas buat “market penetration.” Kena PECAH MASUK pasaran.

Bagaimana nak pecah masuk pasaran?
Product kena bersepah! Dijual. Dibeli. Dan digunakan. Maksudnya product terjual dalam volume tinggi dalam masa singkat sampai jadi buah mulut orang. Ini yang orang sesikit cakap sampai nak “viral”. Sesikit viral. Sesikit viral. Semualah viral. 🤭

Soalan saya ialah:
Kenapa tak buat Entry-Level Product? 🤔 Ambil contoh pil fat burner saya tadi. Kalau saya, saya keluarkan botol lebih kecil hanya ada 30 biji sahaja. Harga RM49.

Kenapa? Sebab saya nak laju lagi jual. Fast in production ➡️ Fast go-to market.

Tak percaya?
Milo — ada berapa banyak saiz peket, kotak dan tin Milo di pasaran?
McDonald’s — ada berapa banyak set dan jenis di pasaran?
Pepsi — ada berapa banyak saiz dan karton di pasaran?
IKEA — ada berapa banyak jenis koleksi meja di pasaran?
Nike — ada berapa banyak jenis kasut running di pasaran?

Jawapan: Ada banyak gila!

Dari yang murah untuk senang orang marhaen nak beli. Sampailah yang mahal gila untuk golongan berada buang duit.

Tahu tak Pepsi bermula dengan jual airnya pada harga USD0.50?
Tahu tak McDonald’s bermula dengan hamburger pada harga USD0.15?
Tahu tak produk IKEA pertama bukan perabot tetapi pen, dompet dan frame gambar?
Tahu tak kasut pertama Nike ialah Cortez yang dulu hanyalah USD22.90? 💡

Semua di atas ialah strategi Entry-Level Product dengan pricing strategy yang rendah untuk pecah pasaran. Pada tahun pertama Nike ditubuhkan, ia telah mencapai USD800,000 dengan jualan Nike Cortez itu saja. Meroket. 🚀

Bila ada Entry-Level Product:
✅ Lebih senang dan lebih laju dapatkan new customers.
✅ Membantu branding dengan lebih pantas.
✅ Permulaan untuk CRM.
✅ Cost production lebih murah.
✅ Cost per acquisition lebih murah.

Ultimately, business akan lebih sustainable sebab produk jadi keperluan. Bukan lagi kehendak.

Lastly — Bila kita di dalam sebuah ruangan yang baru seperti peluang membina sebuah bisnes, jangan bendung diri dan pemikiran. Peluang kita terbentang luas sebenarnya.

Cari produk yang kita passionate, pakar, ada problem dan ada profit.
Cari produk yang memenuhi keperluan.
Cari strategi pecah pasaran dengan contohi inovasi industri kukuh.

Win. 🫰🏼

Semoga membantu. Semoga dapat sesuatu.

PS: Banyak lagi saya kongsikan di dalam Telegram Winning on Marketing Academy.
Join https://t.me/winningonmarketing

Firdhaus Muntazar
Strategis Pemasaran Digital Syarikat-Syarikat Ternama Malaysia dan Dunia.
Pengasas Bootcamp Revolusi Online
bootcamprevolusionline.com

    Comments are closed

    Boost Your 2024 Marketing Strategies!

    • Tailored marketing packages crafted for your unique business needs
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga