• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera 2023 – TUBE 9.0

tube2023

Berita baik kepada semua belia bumiputera di Malaysia! Permohonan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau ringkasnya TUBE kini telah dibuka secara rasmi. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Geran perniagaan ditawarkan sehingga RM15,000 kepada calon yang layak selepas menamatkan latihan.

Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

👉Klik Sini Untuk Pendaftaran Program TUBE 9.0

1. Maklumat Program

Peserta akan didedahkan dengan landskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

Fasa Pertama

Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi serta ancaman pandemik yang telah melanda, latihan kepada para peserta kini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform khas yang dipilih.

Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.

Latihan secara dalam talian ini juga secara tidak langsung membantu para peserta lebih memahami aktiviti perniagaan dalam talian yang memerlukan peserta untuk meningkatkan aspek pendigitalan dalam perniagaan agar dapat melaksanakan perniagaan mereka dengan lebih pantas dan efisien, serta lebih memahami cara dan kaedah untuk meneroka strategi baru perniagaan melalui penerapan e-dagang.

Fasa Kedua

Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 1. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

2. Kelayakan Permohonan

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN ;
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran dan mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya.
  3. Sekiranya pemohon telah mendaftar perniagaan, pendaftaran hendaklah kurang dari 12 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (31 Mei 2023)
    1. Hanya mengambilkira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/ kali kedua tidak diambil kira.
    2. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan. Pemohon perlu lampirkan salinan surat pengesahan tamat belajar melalui pautan yang boleh dimuat turun (Contoh: Dropbox, Google Drive dan lain-lain)
  4. Sihat tubuh badan/ tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
  5. Pemohon hendaklah.
    1. tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
    2. tidak pernah diisytiharkan muflis dan
    3. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
    1. Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    2. Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    3. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    4. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    5. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
    6. Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    7. Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
  7. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
    1. hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    2. hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja
    1. Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
    2. Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
    3. Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
  9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA dan TUBE@PEMERKASA).
  10. Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
  11. Bagi pemohon yang merupakan pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian
    1. sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini; dan
    2. pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 9.0 dijalankan kelak.

Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.

Permohonan untuk menyertai Program TUBE 9.0 akan dibuka mulai 7 31 Mei 2023.

3. Komponen Program TUBE

  1. Latihan : Dilaksanakan secara dalam talian selama 10 hari
    – Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.
  2. Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.
  3. Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dibantu oleh Kaunselor Perniagaan bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

4. Bantuan Diterima Peserta

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  1. Latihan asas untuk menjalankan perniagaan
  2. Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan

    Comments are closed

    Boost Your 2024 Marketing Strategies!

    • Tailored marketing packages crafted for your unique business needs
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga