• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

Senarai Jenis Perniagaan SSM – Perbezaan 4 Jenis Perniagaan

4 Jenis Perniagaan 1

Di Malaysia ni untuk memulakan perniagaan anda harus berdaftar dengan SSM. SSM adalah singkatan bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jika anda duduk di Semenanjung, SSM adalah pihak berkuasa yang mengawal selia dan semua proses pendaftaran adalah melalui mereka. Jika anda tinggal di Sabah Sarawak pula, ianya dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan.

Daftar SSM wajib tau walaupun anda berniaga dari rumah. Ianya merupakan satu kesalahan jika tidak berdaftar. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dan akaun EZBIZ perlu diaktifkan terlebih dahulu jika nak menggunakan perkhidmatan ini. Tapi sebelum daftar, mari kita tengok dulu 4 jenis perniagaan menurut SSM.

1. Pemilikan Tunggal (Enterprise)

Pemilikan tunggal adalah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi (ikut kad pengenalan) atau nama tred (nama perdagangan cadangan anda). Contohnya Tanah Budi Enterprise.

Kos daftar murah sahaja sekitar RM30 jika guna nama sendiri dan RM60 jika guna nama tred. Bayaran pula adalah selama setahun.

Paling mudah, murah dan senang untuk semua jenis perniagaan yang baru nak bermula walaupun tanpa pekerja. Liabiliti (hutang) tidak terhad dimana jika bisnes anda gagal membayar hutang, penghutang boleh menuntut melalui aset peribadi anda. Bisnes dan anda dikira sebagai 1 entiti yang sama. Jadi jika syarikat berhutang, anda juga dikira berhutang dengan jumlah yang sama.

Hanya cukai individu dikenakan. Klik sini untuk lihat kadar cukai individu. Tidak mendapat kelebihan potongan cukai diberikan yang kepada syarikat kecil. Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya pemilik telah bersara atau meninggal dunia. Peluang untuk mendapatkan sumber pembiayaan juga sedikit terhad dan dalam jumlah yang rendah. Biasanya pembiayaan jenis mikro dan dari modal pemilik sendiri.

Pemilikan tunggal hanya sesuai untuk anda yang ingin kekalkan saiz perniagaan yang kecil kerana ianya lebih fleksibel dan tanpa formaliti yang tinggi. Jawatan tertinggi adalah pengurus (manager). Jika ingin berkembang jauh, pemilik perlu menukar jenis perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad.

Istilah syarikat hanya untuk perniagaan Sdn Bhd sahaja. Jika anda mendaftar sebagai Enterprise anda hanya ada sebuah perniagaan.

2. Rakan Kongsi

Jenis ni sama seperti pemilikan tunggal, bezanya mempunyai lebih dari seorang pemilik tetapi tak lebih 20 orang. Sesuai untuk firma profesional yang tidak memerlukan dana yang besar seperti firma guaman. Liabiliti tidak terhad dimana hutang akan ditanggung oleh semua rakan kongsi. Tetapi jika ada keuntungan, akan dibahagi mengikut modal kerja dan persetujuan bersama.

Anggaran kos tahunan sekitar RM100. Cukai terhadap individu rakan kongsi sahaja dikenakan. Tidak mendapat kelebihan potongan cukai diberikan yang kepada syarikat kecil. Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Perniagaan akan ditamatkan sekiranya rakan kongsi telah bersara atau meninggal dunia.

Disebabkan setiap rakan kongsi mempunyai kekayaan berbeza, jadi sukar untuk meyakinkan pihak bank untuk mendapatkan pembiayaan. Sesuai untuk firma profesional yang ingin kekalkan saiz perniagaan yang kecil kerana lebih fleksibel dan tanpa formaliti yang tinggi. Jika ingin berkembang jauh, pemilik perlu menukar jenis perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad.

3. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Syarikat yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 2016. Dibenarkan mempunyai saham dan merupakan entiti berasingan daripada pemiliknya yang sah. Contoh nama syarikat adalah Tanah Budi Sdn Bhd. Sangat sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Jika anda buka Sdn Bhd, biarkan matang 6-12 bulan sebelum mengambil keputusan menutup Enterprise. Ini akan membantu dalam urusan pinjaman dan pembiayaan kerana kebanyakan agensi akan meminta rekod kewangan minimum 6 bulan.

Untuk menubuhkan, pemilik syarikat harus minimum 2 orang dan maksimum 50 orang. Saham tidak boleh dijual kepada umum dan setiap pemegang saham dikenali sebagai Lembaga Pengarah Syarikat atau Board of Director (BOD). Agihan keuntungan jika ada pula diberi dalam bentuk dividen.

Kos daftar dan pengurusan tahunan RM1,000 dan keatas bergantung kepada saiz syarikat. Setiap aset adalah milik syarikat. Segala urusan perniagaan juga dibawah nama syarikat tanpa melibatkan nama pemilik. Syarikat boleh memiliki aset dan menyaman pihak lain.

Liabiliti terhad dimana jika syarikat gagal untuk memenuhi liabilitinya, penghutang tidak boleh menuntut melalui aset peribadi pemilik (terhad kepada sumbangan modal syer). Tetapi jika untung, keuntungan diberi kepada semua pemegang saham.

Saham boleh dipindah milik, jadi syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia. Cukai dikenakan terhadap syarikat sahaja. Jumlah cukai agak tinggi tetapi boleh mendapat pelepasan cukai bagi item yang layak. Klik sini untuk melihat kadar cukai syarikat. Jika diurus dengan baik, syarikat boleh menikmati perancangan dan penjimatan cukai yang lebih baik.

Kelemahan syarikat adalah ianya rumit untuk diuruskan. Anda perlu melantik setiausaha syarikat (Company Secretary) samada ada menggaji pekerja atau melantik syarikat setiausaha. Anda juga harus mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan membentangkan laporan akaun yang telah diaudit. Laporan tahunan syarikat juga perlu diserahkan kepada pihak SSM.

Dari sudut pembiayaan modal dan pinjaman, syarikat mempunyai kredibiliti yang lebih baik kerana dianggap lebih meyakinkan, stabil dan ada kesinambungan. Syarikat juga lebih mudah meyakinkan pelanggan disebabkan faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya.

4. Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)

Merupakan entiti perniagaan gabungan antara Syarikat Sendirian Berhad dan Rakan Kongsi. Mula ditubuhkan SSM sejak 2012. Sangat sesuai untuk firma profesional yang inginkan liabiliti terhad seperti mana sebuah syarikat nikmati. Hutang terhad kepada perniagaan sahaja tanpa melibatkan aset peribadi pemilik. PLT juga sesuai untuk perniagaan permulaan (startup) dan kecil.

Anggaran kos permulaan sekitar RM500. Pemilik dan PLT adalah dua entiti berasingan dimana segala urusan perniagaan dibawah PLT sendiri tanpa melibatkan nama pemilik. PLT boleh memiliki aset dan menyaman pihak lain. Dalam PLT tiada saham dan modal dikumpul dari rakan kongsi.

Dari segi cukai pula, cukai akan mengikut kadar cukai syarikat Sdn Bhd. Klik sini untuk melihat kadar cukai syarikat. Kelebihan lain adalah dalam PLT, syarikat akan kekal wujud walaupun setelah pemilik asal meninggal dunia. PLT juga tidak perlu membuat MAT, upah setiausaha syarikat, dan menyerah laporan tahunan seperti sebuat syarikat.

Walaubagaimanapun sedikit sukar untuk meyakinkan pihak bank untuk mendapatkan pembiayaan dan jika ingin berkembang jauh, pemilik perlu menukar jenis perniagaan kepada Syarikat Sendirian Berhad. PLT sesuai untuk perniagaan yang mencari fleksibiliti tetapi tidak terlalu rumit seperti sebuah syarikat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Boost Your 2024 Marketing Strategies!

    • Tailored marketing packages crafted for your unique business needs
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga