• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

Saya akan gagal kalau saya jual ayam goreng ni

ayam
Penulis: Naz Daim

1. Semalam saya menulis pasal plan saya nak buat restoran ayam goreng.

2. Saya rasa saya akan GAGAL !!!

3. Ini pandangan saya la…

4. Kalau saya nak buat restoran ayam goreng… yang boleh saing dgn KFC.

5. Saya rasa ini beberapa points penting yang saya KENA buat.

COST

6. Cost ayam dan bahan mentah lain saya perlu setara dgn cost di bayar oleh KFC , McD dll.

7. Awal awal maybe sukar tapi kena plan dari awal, dalam masa 2 tahun cost perlu di rendahkan ke taraf itu.

VOLUME

8. Untuk ada cost rendah, perlu ada volume jualan. Baru supplier boleh kerja untuk kita.

9. Tanpa volume, cost mustahil nak diturunkan dgn significant. Kalau cost tak turun, kita susah nak ada competetive price nak lawan KFC. Ayam goreng bukan menu premium…dia dah jadi staple…so harga kena reasonable. Dan tanpa cost rendah… kita akan mati bila pesaign main price war.

10. Ayam goreng ni dah ada dalam kedudukan RED OCEAN. Kalau nak main gak …kena sedia jadi jerung.

CHANNEL

11. Untuk capai volume besar, pertamanya saya perlu multiple channel jualan. Contohnya, selain orang walk in / dine in… saya perlu kuat di semua platform delivery.

12. Untuk kuat di platform delivery, saya perlu paksa semua platform offer saya Delivery charge yang rendah. Kalau tak setiap jualan akan makan modal jer tak untung mana pun.

13. Untuk capai itu saya perlu volume & brand yang kuat.

BRAND & MARKETING

14. Untuk ada brand yang kuat , saya perlu buat gerak kerja brand yang mantap.

15. 6 bulan sebelum brand ni dilancarkan, aktiviti brand awareness dah perlu di jalankan.

16. Saya perlu create corporate identity yang jelas dan brand compass yang tepat.

17. Lepas tu saya perlu susun kempen awareness dan lancar 2-3 bulan sebelum jualan bermula.

18. Dan saya perlu pair kan pula dengan marketing campaign, create funnel dan make sure pada hari opening saya ada impak yang kuat di pasaran… Bukan semata mata dari aspek jualan. ‘

19. Yang utama adalah mencipa engagement dan followers yang tegar di peringkat awal secepat mungkin. Jadi raving fan dan regular customer.

20. Saya akan ambil langkah seperti Zus Coffee untuk bina engaging App untuk create legion of hardcore followers.

OUTLETS

21. Selain channel jualan, saya juga perlu outlets.. bukan outlet.

22. Bukan perlu terlampau lawa, tapi mesti on par dgn KFC.

23. Seating mesti sesuai dgn fast food concept, bukan proper dine in.

24. Mood and Feel mesti tepat dgn tema brand dan harcore followers.

25. Dan saya tak boleh ada satu je outlet. Saya perlu multiple outlet wujud dgn pantas. Maybe 10 outlet dalam masa 6-8 bulan….dan perlu target 5 years nak buka maybe 50 cawangan or more.

26. Gerakkan perlu pantas untuk memberi market penetration yang significant. Dan baru ada potensi nak ke IPO.

27. Baru la big volume boleh di capai pantas, dapat awareness tinggi dan cost bahan mentah boleh direndahkan dgn significant. Beli 100 ekor ayam sehari dan 1000 ekor ayam sehari memberi impak yang besar pada harga…. dan kalau jual 1000 ekor ayam sehari… maka dgn mudah utk platform delivery sayang kat brand kita.

MODAL

28. Untuk menghasilkan semua outlets dgn kepantasan seperti di atas, supaya akhirnya boleh rendahkan kos bahan mentah …maka perlu modal awal yang besar.

29. Untuk ada modal yang besar… perlu pelabur yang sedia menghadapi segala ribut petir yang bakal melanda bisnes kita dgn jumlah pelaburan yang besar.

30. Tak boleh jumpa bank at this stage, dia tak layan pun… Bisnes baru nak mula.

31. Amount yang diperlukan saya bayangkan sekitar RM 8 ke 10 juta. Maksudnya bukan pelabur level level rakan rakan sekolah …tapi investor sophisticated.

32. But nak yakin kan pelabur perlu model bisnes yang power.

PROOF OF CONCEPT

33. Untuk ada model bisnes yang menarik untuk pelabur, perlu ada proof of concept.

34. Pelabur perlu dimaklum awal apa kita nak buat, dan kita perlu tunjuk bukti selepas itu.

35. Sebelum launch business dah kena pitch kat mereka. Pujuk mereka setuju untuk invest besar kalau kita capai certain KPI , mcm jualan yang power dari outlet pertama.

36. Lepas tu launch first outlet, lepas launch make sure kita capai semua KPI , lepas tu minta duit dan laju laju buka second sampai 10 outlets dan grow sama sama.

FIRST OUTLET

37. Untuk first outlet berjaya , perlu buka dulu. Maka kena ada modal.

38. Kalau ada cukup duit boleh buka sendiri, kalau tak cukup kena cari angel investor… Investor kecik kecik… Takyah banyak, just cukup utk buka first dan modal pusingan.

39. Diaorang boleh exit masa investor besar masuk nanti.

40. But nak pujuk diaorang invest kecik ni, kena tunjuk yang business ni boleh jadi sustainable dan ada demand

41. So kena buat marketing plan yang mantap… dan perlu siap kan benda benda ni… Sebab tu marketing kena siap awal.

PROFIT & LOSS

42. Selain kos bahan mentah, kita kena tunjuk potensi bisnes ni boleh untung ke tak secara atas kertas dulu. Kalau atau kertas dah rugi takder sapa nak invest.

43. Segala kos perlu di anggarkan dulu, dan tunjuk berapa jualan perlu dicapai untuk ada untung selesa. Break even point tu kena jelas.

44. Kalau numbers ni cantik baru mereka berminat.

PRODUK

45. Ada kos takder produk , tak jadi apa… Malahan tak leh kira kos pun

46. Maka kena create menu terlebih dahulu.

47. Menu perlu di masak berulang kali sblm pembukaan… untuk cari the best recipe , consistency, final COGS, masalah yang bakal timbul, penyediaan packaging , harga jualan dan lain lain.

48. Akhirnya jamu mereka dgn makanan ni, dan kita sebagai founder kena SUKA GILA dgn menu ni dulu, baru senang nak jual. Dan jgn lupa… Ayam kita tak perlu jadi paling sedap tapi PERLU JADI paling unik dan lebih menarik dari KFC di tekak 90% pelanggan asal KFC. Bukan tekak kita semata mata.

S.O.P

49. Dah ada menu , siap kan S.O.P. Plan gerak kerja kedai nanti mcm mana.

50. Hire staff sebelum opening, buat training..at least 1 week before or more.Dah ada staff kena buat plan utk HR juga.

51. Maksudnya SOP ni kena siap at least 6 bulan sebelum opening. Maksudnya menu kita perlu siap at least dua bulan sblm tu… so kena start buat menu dan SOP 8 bulan sebelum kedai di buka…Why 8 bulan ?

KITCHEN LAYOUT

52. Untuk make sure restoran saya boleh menjual sebanyak mungkin ayam, saya perlu dapur yang efisyen.

53. Maka layout kena dibuat dgn teliti.

54. Nak buat layout, kena ada SOP jelas dulu. Baru boleh rancang susun atur barang.

55. Dan untuk lawan KFC, saya perlu beberapa mesin high end khusus.

56. Saya nak ayam yang rasa unik dan ada rasa mcm tu kat kedai saya jer… Dalam fikiran saya…saya perlu vacuum tumbler untuk saya buat special brining dan saya perlu chiller khas untuk hold stock ayam dah prosess.

57. Seterusnya saya perlu deep fryer special…Saya nak guna pressure fryer untuk dapat kan hasil gorengan yang mantap dan juicy.

58. Atau saya guna deep fryer premium , but saya buat prosess double frying. Saya lebih minat dgn teknik ini. Tapi memerlukan layout plan yang baik.

59. Saya juga perlukan kerja kerja piping gas yang kemas.

60. Dan saya perlu satu mesin ni saya lupa nama, mesin ni akan sedut minyak dan tapis setiap hari…Jadi saya boleh dapat kualiti minyak untuk mengoreng yang terbaik selalu tanpa rasa nak meninggal dgn harga minyak masak semasa.

61. Of course ada banyak lagi equipment yang saya tak senarai kat sini tapi sangat penting dan kena ada… So all in… 200k minima hanya untuk kos dapur.

62. Sasaran saya , dapur ini perlu mampu menghasilkan produk / menu dgn nilai jualan RM 20k ++ dalam masa 6 jam operasi utama.

63. Renovasi outlet dan dapur macam ni akan makan masa 3-4 bulan… Sebab tu SOP dan Menu perlu start buat 8 bulan sebelum tu… Or lagi bagus 12 bulan sebelum.

64. Kalau saya plan menu hari ni, seelok nya saya buka kedai pada 29 Jun 2025….

INTERIOR DESIGN

65. Kita bercakap nak bina brand jual ayam goreng yang boleh lawan KFC. Bukan something yang kita nak bina tangkap muat, slow slow grow dan improve along the way.

66. Semua nya perlu dirancang dari awal. Termasuk interior design.

67. Tak boleh harap gi ikea dapat inspirasi.

68. Perlu plan customer journey dari luar, ke pintu masuk, ke kaunter, ke meja makan, ke tandas, dan balik dengan senyuman.

69. Bukan mesti nak belanja besar tapi design perlu cohesive dengan corporate identity dan customer journey.

BUSINESS PLAN.

70. Dan ada plan menu, profit and loss, design dapur dan kedai… dan segala apa yang saya cerita kat atas… maka perlu menulis business plan.

71. Tunjuk business plan pada orang yang relevan, yang mungkin akan bantah idea kita.

72. Supaya semua pendapat di beri pertimbangan , dan cari jalan nak improve business plan. Bukan utk give up, but cari weakness sblm bermula.

73. Dan baru start business kita dgn business plan sebagai kitab panduan bila kita rasa lost. Hala tuju sebenar syarikat perlu dinyatakan dgn jelas di dalam business plan.

BARU LAH

74. Baru lah boleh dapat angel investor awal awal ni… baru lah boleh buat branding and marketing, buka kedai first, dapat investment besar giler, buka 10 outlets… dan buka lagi 40 outlets… pergi IPO dan jadi big brand.

75. Semua benda berkait dan perlu di buat sejajar dan sync dgn main plan. Tu pun saya belum cerita banyak elemen penting lagi mcm bina team yang akan support growth dari awal, bina standard customer service, bina sustainable business plan dan lain lain.. Apa saya share kat atas cuma mukadimah plan ayam goreng nak lawan KFC.

GAGAL

76. Tapi saya akan gagal.

77. Sebab ini bukan kerja sorang. Bukan one man show.

78. Kalau nak buat one man show, lebih baik saya meniaga ayam goreng di Pasar Malam. Lebih mudah dan lebih laku. Takyah pening.

79. Tapi kalau AYAT nya , nak bina brand Ayam Goreng tempatan yang boleh GANTI KFC… saya nampak gerak kerja nya kena massive, kena sabar dan tak boleh langkah kecik kecik.

80. Zaman dan berubah, Tak leh slow slow grow organically dan bootstrap everything… Kalau ideologi nya nak cabar KFC… kena jadi Champion dari saat mula berfikir.

81. Maka… Tak boleh buat sendiri…. kena ada rakan kongsi yang bawak significant value pada projek. Baru lah boleh connect all the dots yang tersangat sangat banyak dots nya sebelum projek mcm ni jadi kenyataan.

82. Kalau saya buat sendiri…saya yakin saya akan gagal… Idea is cheap. Execution yang mahal. Perlu partner yg strong

83. Ok panjang lebar saya menulis di pagi jumaat. Saya harap apa saya tulis bawak manfaat pada yang membaca dalam apa cara pun. Kalau nak guna idea ni buat bisnes awak… Go ahead… saya happy…

84. Dan kalau suka apa saya tulis… meh support minat saya menulis pasal dunia F&B… beli la ebook terbaru saya di link ni..

https://nazdaim.onpay.my/order/form/csjv2

85. Mana tahu laku sangat ebook ni… saya boleh buka restoran ayam goreng lawan KFC guna modal sendiri jer….wakakakakakakakak

#NAZDAIM

28 Jun 2024 / 9.36am

Naz Daim 
Managing Director at Chicken Royale
Facebook: Naz Daim

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Boost Your Sales 10X With Paid Advertising!

    • Facebook, Instagram, Tiktok, Google & Youtube Paid Advertising
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga