• Puncak Alam, Selangor
  • salam@pentasniaga.com
  • +60 10-831 6074

5 Strategi Marketing Terbaik Untuk Founder Produk Jenama Sendiri

5 strategi marketing

Anda pengasas produk jenama sendiri?

  • Dah buat produk tapi tak reti nak pasarkan?
  • Pening kepala stok banyak bawah katil tak gerak-gerak?
  • Sales ada tapi sendu?

Biasanya isu diatas terjadi tak lain tak bukan disebabkan oleh faktor pemasaran yang lemah. Sebelum tu, mari kita fahami betul-betul dahulu apa itu marketing. Menurut Tuan Zulhairi,

“Pemasaran adalah seni halus untuk menyentuh jiwa, hati dan perasaan pelanggan.”

Gameplan untuk founder produk tak sama seperti menjadi seorang stokis atau ejen. Sebelum anda memilih media sosial atau teknik-teknik marketing yang ada, anda perlu terlebih dahulu menetapkan strategi pemasaran yang ingin dijalankan.

1. Sistem Ejen / Stokis

Nombor satu ni ikutkan strategi paling terkenal di Malaysia. Banyak kelas-kelas bisnes dan marketing dekat luar sana mengajar cara nak mencari, menjaga dan menguruskan ejen.

Kalau Google topik marketing untuk founder produk, hampir kebanyakannya akan bercakap mengenai strategi ini.  Jika anda menggunakan strategi ini, anda harus faham pelanggan anda kini bukan lagi pembeli sebaliknya adalah ejen dan stokis. Model perniagaan anda berubah dari Business to Consumer (B2C) kepada Business to Business (B2B).

Anda akan berjaya bila ejen dan stokis anda berjaya. Tugas wajib HQ adalah untuk menghasilkan content supaya ejen anda ada bahan untuk tujuan promosi. Content adalah senjata utama ejen untuk menjual.

Cumanya artikel ni bercerita pasal apa yang anda patut buat. Ada satu lagi elemen penting dalam perniagaan iaitu, “apa yang anda patut jangan buat”. 

Banyak kes, ejen dan stokis lari apabila HQ sendiri yang sailang customer. Haaa.. sailang macam mana tu? Sailang dengan cara HQ menjual terus kepada pembeli. Secara tak langsung, anda telah bersaing dengan ejen anda sendiri. Melainkan anda merupakan seorang usahawan berpengalamanan yang tahu cara untuk menggabungkan strategi berbeza, menjual terus kepada pembeli adalah sangat tidak digalakkan.

Sebelum ni banyak HQ mewajibkan ejen atau stokis untuk pegang stok. Bagus untuk HQ sebab dapat fast money. Tetapi isu yang timbul, ada sesetegah ejen bila gagal jual dia akan buang harga dan rosakkan pasaran.

Frust punya pasal, ada HQ yang dah tukar cara dimana penghantaran semua dibuat oleh HQ dan ejen hanya buat pemasaran sahaja. Ada yang gabung terus dengan sistem affiliate. Bila ada order baru submit kepada HQ. Ada pro and cons dua-dua cara ni. Terpulang kepada anda cara yang mahu dipilih.

Selain tu juga, anda boleh teroka sistem automasi pengurusan ejen. Berikut adalah contoh senarai syarikat yang menawarkan sistem pengurusan ejen.

1. Ejen2u.com
2. Theboss.asia
3. Squarelet.com

Ada banyak kelebihan menggunakan sistem ejen. Sistem akan mengautomasikan proses dari tempahan, integrasi dengan syarikat penghantaran, pengurusan database, hinggalah ke pembayaran komisen ejen. Sangat-sangat mudah dan tak perlu buat secara manual lagi.

Tapi.. katakanlah anda memang rancang untuk terus jual kepada pembeli. Strategi kedua ni mungkin lebih sesuai untuk anda.

2. Pasukan Jualan

multiracial group young creative people smart casual wear discussing business brainstorming meeting ideas mobile application software design project modern office 7861 3067

Strategi kedua ni juga biasa disebut sebagai sales team. Syarikat akan menggajikan marketer dan sales executive untuk membuat jualan bagi pihak syarikat. Semua pemasaran dan jualan akan dibuat oleh HQ sendiri.

Ada pelbagai kaedah digunakan dan setiap syarikat ada cara tersendiri untuk membina pasukan superstar mereka. Ada syarikat yang memberi gaji, ada yang memberi komisen dan ada juga yang menawarkan gaji serta komisen sekaligus.

Kebiasaanya sales team dan marketing team akan berada di satu pejabat yang sama, tetapi ada juga yang bekerja jarak jauh. Caranya, HQ akan membuat iklan dan mendapatkan lead. Lead ini pula akan diberi kepada pasukan jualan untuk mereka close melalui WhatsApp.

Difasa awal perniagaan, seorang founder harus fokus untuk mendapatkan jualan. Jika anda nak jualan yang tinggi, anda harus bersedia laburkan duit untuk kos pemasaran.

Jangan lupa rajinkan diri masuk ke kelas pemasaran dan hantar anak buah anda sekali untuk belajar. Syarikat yang hebat terbina dari pasukan yang hebat.

Bila dah marketing buat sendiri ni, macam-macam la kaedah pemasaran yang boleh dijalankan. Bisanya HQ akan fokus kepada pemasaran berbayar seperti Google Ads, Facebook Ads dan TikTok Ads selain buat live dan menjual di platform marketplace seperti Shopee dan Lazada.

3. Sistem Affiliate

businesswoman is using laptop offic 53876 132186

Strategi ketiga ini adalah antara yang kurang digunakan di Malaysia oleh founder produk tetapi mula mendapat perhatian apabila TikTok dan Shopee memperkenalkan sistem affiliate dalam applikasi mereka.

Sistem affiliate ni bukanlah baru, malah kewujudan sistem affiliate ni sezaman dengan kewujudan internet itu sendiri. Amazon adalah antara contoh syarikat yang menggunakan sistem affiliate dengan sangat berjaya.

Apabila affiliate berdaftar dengan anda, mereka akan mendapat link khas untuk mempromosikan produk. Apabila customer klik, link tersebut akan membawa kepada page jualan. Dalam TikTok, link akan bawa ke TikTok Shop. Apabila berlaku jualan, sistem akan terus memberi komisen kepada HQ dan juga affiliate secara automatik.

Jika anda menggunakan TikTok, anda menumpang platform tersebut dan apabila berlaku jualan TikTok akan sedikit peratus keuntungan. Nak buat sistem affiliate sendiri pon boleh. Banyak kelebihan tetapi kos agak tinggi kerana ianya custom.

Jadi.. apa kelebihan sistem affiliate ni? “Content Creation”.

Antara cabaran terbesar online business adalah untuk membina content media sosial secara konsisten dan berkualiti. Kos untuk membayar influencer untuk mempromosi produk biasanya antara ratusan dan ribuan ringgit bergantung kepada jumlah pengikut.

Dengan sistem affiliate, affiliate sendiri yang akan membuat promosi produk secara percuma. Kalau video atau gambar mereka viral memang mencurah-curahlah order yang HQ akan dapat.

Ada HQ yang menggunakan ejen dan stokis mula tukarkan sistem mereka kepada affiliate. Sistem affiliate mereka mempunyai 2 lapis atau lebih seperti sistem MLM. Sistem affiliate yang dibina secara custom membolehkan mereka mengawal sepenuhnya affiliate yang berdaftar.

4. Agensi Pemasaran

3 strategi yang saya kongsikan sebelum ni lebih kepada anda membina kepakaran pemasaran sendiri. Bila semua benda sendiri ni, risiko untuk langgar dinding pon ikutkan tinggi sebenarnya.

Dan disebabkan itu, adanya strategi keempat ini dimana anda mengupah agensi pemasaran untuk membuat pemasaran bagi pihak anda. Banyak agensi pemasaran diluar sana dan setiap mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran tersendiri.

Yang murah ada, yang mahal pon ada. Jika anda hadapi kekangan bajet, boleh dapatkan khidmat freelancer. Mereka ini adalah individu yang menawarkan servis tetapi bergerak secara solo.

Yang terbaik adalah berurusan terus dengan agensi pemasaran kerana pasukan mereka lebih lengkap, mempuyai rekod yang baik serta terbukti dari segi hasil kerja terdahulu. Mereka biasanya mempunyai porfolio untuk menunjukkan kualiti kerja mereka.

Pelbagai jenis servis pemasaran ditawarkan dari pemasaran digital hinggalah ke pemasaran konvensional seperti billboard, radio, reruai (booth) dan lain-lain. Strategi yang sangat-sangat sesuai untuk mereka yang ada modal, tak nak pening kepala dan nak kembangkan bisnes secara lebih laju ke tahap yang lebih tinggi.

5. Personal Branding

kA

Kita sekarang berada di zaman Content Is King, dimana siapa yang mampu menghasilkan content secara berterusan dan berkualiti akan menguasai dunia pemasaran digital. “We are competing for eyeball views.” Kadang ada yang buat video pelik-pelik dan mengarut pon boleh jadi terkenal.

Peluang yang ada ini memberi ruang kepada anda sebagai founder untuk mempromosi diri dan bisnes yang anda jalankan. Bisnes anda mungkin berubah tetapi personal branding anda akan terus kekal selama mana anda masih hidup.

Realitinya setiap perniagaan memerlukan duta untuk lebih mudah dikenali. Kalau nak upah duta macam Lee Chong Wei mahal, nak tak nak, anda la kena jadi duta untuk syarikat anda sendiri. Atau cara lain anda lakukan kerjasama (partnership) dengan individu yang boleh jadi wajah syarikat seperti mana yang ST Rosyam Mart buat.

Matlamat utama personal branding ni adalah untuk mengumpul follower yang berkualiti seramai mungkin. Pilih satu platform yang anda selesa dan fokus kepada platform tersebut. Content yang nak dbuat bergantung sepenuhnya kepada anda ikut kepada minat, ilmu dan pengalaman yang ada.

Cadangan saya, kalau nak buat content penulisan boleh fokus dekat blog website atau Facebook, nak buat content bergambar boleh fokus dekat Instagram, dan kalau nak buat video atau live boleh pilih Tiktok atau Youtube.

Lihat contoh Khairul Aming. Dua kali bisnes sambal gagal. Berpuluh ribu duit terbakar.  Pada 2018, Khairul Aming buat keputusan untuk fokus kepada personal branding. Dan akhirnya pada 2021 Sambal Nyet mula diperkenalkan dan Khairul Aming telah berjaya menjual lebih 1 juta botol.

Mempunyai pengikut yang ramai menjadikan anda influencer (pempengaruh) hingga ada yang setaraf dengan selebriti. Penting untuk anda menghasilkan content yang memberi manfaat kepada pengikut anda dan bukannya mencipta kontroversi semata-mata.

Dari 5 strategi yang telah saya kongsikan, personal branding adalah satu-satunya strategi yang anda boleh lakukan terus walaupun tanpa ada produk untuk dijual. Bina pengikut yang setia dan berkualiti, dan bila tiba masa untuk menjual nanti, proses jualan akan jadi jauh lebih mudah kerana telah adanya faktor trust.

Penutup

product design drawing website graphic small

Content.. Content.. Content.. !

Pasti anda perasan, saya sangat tekankan mengenai content. Membuat content memerlukan masa, tenaga, usaha dan kreativiti. Fokus dengan apa yang anda mahir dulu. Yang terbaik adalah mula dengan satu platform, satu customer avatar dan dan satu produk.

Apabila jualan semakin stabil, kembangkan content tersebut kepada format berbeza dan platform berbeza. Yang paling penting, setiap content yang dihasilkan haruslah membuatkan pelanggan tertarik untuk membeli apabila melihat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    5 Strategi Marketing Terbaik Untuk Founder Produk Jenama Sendiri » Pentas Niaga

    Boost Your Sales 10X With Paid Advertising!

    • Facebook, Instagram, Tiktok, Google & Youtube Paid Advertising
    Pentas Niaga is a digital marketing agency that assists SMEs in boosting sales through proven & effective digital marketing solutions.

    Services

    • Paid Advertising
    • Website Development
    • Google SEO
    • Influencer Marketing
    • Database Marketing
    • Branding

    Quick links

    © Copyright 2024 Pentas Niaga